Pages

Tuesday, September 11, 2012

Refleksi Minggu 1

Assalamulaikum dan salam sejahtera,
Hi blog..jumpa lagi kita yek..ingatkan dah secukup-cukupnya semester lepas. Apa-apa pun hari ini untuk semester baru ~ sem 2, lecturer baru~Pn Norasyikin Mohd Zaid dalam subjek baru~CD-ROM BASED MULTIMEDIA DEVELOPMENT. Harapan saya untuk subjek ini adalah untuk mempelajari dan mengukuhkan konsep dan idea dalam membina bahan multimedia.
Untuk hari pertama ini, Pn Norasyikin banyak menerangkan tentang perkara berikut
  1. Silibus subjek
  2. Tugasan dan projek 
  3. Multimedia Development Process (secara ringkas)
Antara fasa-fasa dalam proses pembangunan perisian multimedia ialah
  1. Fasa 1    : Perancangan dan menganalisis keperluan perisian 
  2. Fasa 2   : Rekebentuk perisian 
  3. Fasa 3  : Pembangunan perisian
  4. Fasa 4  : Pengujian dan perlaksanaan 
  5. Fasa 5   : Penilaian 

Fasa 1 : Perancangan dan menganalisa keperluan perisian
  • analisis terhadap pengguna/pelajar, 
  • persekitaran pembelajaran, 
  • kandungan pelajaran atau tingkah laku yang diharapkan daripada pelajar setelah selesai pengajaran,
  • kenalpasti matlamat pengajaran

Fasa 2 : Rekabentuk perisian
  • pembentukan objektif yang khusus untuk pengajaran
  • pembinaan item untuk ujian
  • pemilihan strategi pengajaran

Fasa 3 : Pembangunan perisian
  • penyediaan bahan pengajaran
  • disediakan secara berperingkat dan melalui proses prototaip 
  • rekebentuk visual dan reka bentuk mesej diambil perhatian mengikut bahan atau media yang disediakan

Fasa 4 : Pengujian dan perlaksanaan
  • pelaksanaan pengajaran
  • bahan multimedia yang telah disediakan akan dipersembahkan kepada pelajar dalam bentuk dan susunan yang telah dibangunkan

Fasa 5 : Penilaian
  • penilaian formatif 
    • penting kerana ia dapat mengelakkan sebarang masalah besar yang hanya dikenalpasti selepas sesuatu bahan pengajaran dibangunkan
    • kekerapan melakukan penilaian ini akan menjimatkan kos dan masa pembangunan
    • bentuk penilaian ini ialah melalui temu bual, pemerhatian dan ulasan pakar
  • penilaian sumatif
    • dilakukan pada akhir proses reka bentuk, setelah selesai sesi pdp
    • tujuan untuk menilai dan membuat sebarang perubahan yang besar yang perlu pada versi atau sesi pengajaran yang seterusnya
    • dalam bentuk soal selidik 

No comments:

Post a Comment