Pages

Saturday, December 22, 2012

Refleksi minggu ke 10

Salam
Hari ini kami sambung belajar tajuk Evaluation and Testing.


http://en.wikipedia.org/wiki/Software_testing


Apa itu Pengujian dan Penilaian
Pengujian melibatkan penyesuaian  satu set kriteria yang telah ditetapkan terhadap sesuatu persembahan bagi mengenalpasti sesuatu masalah.


Proses penilaian melibatkan aspek yang lebih luas di mana ia bukan hanya melihat kepada masalah tertentu tetapi peningkatan aspek rekabentuk semasa proses pembangunan atau setelah sesebuah projek pembangunan aplikasi berakhir.



Proses pengujian perlu dilaksanakan berdasarkan beberapa faktor utama, antaranya :
  • mengelakkan kegagalan aplikasi semasa digunakan oleh pengguna.
  • mengelakkan kerugian dari segi kos dan masa pembangunan.
  • membolehkan kualiti sesebuah aplikasi dipertingkatkan lagi.

Terdapat dua fasa pengujian utama iaitu:
a) Pengujian Pembangunan
b) Pengujian Penerimaan

Jenis-Jenis Penilaian dalam Pembangunan Perisian Multimedia
a) Penilaian Formatif
b) Penilaian Sumatif
c) Penilaian Iluminatif
d) Penilaian Integratif

Kaedah Melaksanakan Proses Penilaian
a) Pemerhatian
b) Temubual
c) Soal selidik


Penilaian dalam pembangunan perisian multimedia merupakan suatu proses yang perlu dilaksanakan bagi mendapatkan maklum balas daripada pengguna atau daripada pelajar. Ia bagi memastikan agar proses menguji dan menilai dapat dibuat dan segala bentuk kelemahan dapat diperbaiki bagi memantap dan mempertingkatkan lagi kualiti sesebuah perisian yang dibangunkan.

Rujukan :

Jamalludin haru, Baharuddin Aris dan Zaidatun Tasir, Pembangunan Perisian Multimedia : Satu Pendekatan Sistematik, Venton Publishing

No comments:

Post a Comment