Pages

Thursday, December 20, 2012

Refleksi Minggu Ke 8

Salam

Pengujian dalam Pembangunan Perisian Multimedia
Pengujian bermaksud menjalankan penilaian atau pemerhatian terhadap aplikasi yang dibangunkan untuk menentukan samada ia menepati spesifikasi yang telah ditetapkan serta memenuhi kehendak pengguna.
Ini termasuklah dari sudut struktur dan isi kandungan aplikasi, rekabentuk antaramuka dan  sistem penerokaan, interaktiviti dan sebagainya.

Terdapat dua fasa pengujian utama yang sering dilaksanakan iaitu :

  • pengujian pembangunan - dilakukan semasa proses pembangunan dilaksanakan
  • pengujian penerimaan - dilakukan untuk memastikan perisian dibina mampu beroperasi tanpa sebarang kegagalan.

No comments:

Post a Comment