Hari ini tiada kuliah. He..he...
Tapi kami ada pembentangan perisian. Fuhhh... bertungkus lumus menyiapkan perisian... Akhirnya hari yang dinanti tiba juga. Alhamdulillah, Halizah yang sedang menunggu hari melahirkan bayi keempat sempat untuk sama-sama membentangkan perisian kami.
Kumpulan saya memilih untuk menjadi pembentang terakhir.
Kumpulan Cik Hazwani , Encik Murad dan Encik Zul
Mereka
membangun perisian Pembelajaran Pra Sekolah Bahasa Melayu. Perisian
yang menarik dan penuh warna-warni sesuai untuk anak-anak prasekolah,
Linus, Galus dan Pendidikan Khas.
Kumpulan Diyana, Rafidah dan Faridanura
Mereka
membangunkan perisian Pendidikan Islam Tingkatan 4 Lambaian Kaabah.
Perisian yang kemas dan menarik. Sangat sesuai digunakan sebagai bahan
BBM guru.
Kumpulan Munir dan Ayatul
Mereka
membangunkan perisian Sains Darjah 5 Water Cycle. Perisian yang kemas
dan cantik. Banyak animasi berwarna warni. Tetapi mendapat bayak teguran
oleh Encik Juhazreen antaranya simulasi yang tidak sekata, kesalahan
ejaan. Kredit untuk kumpulan ini kerana telah berjumpa dengan 3 kumpulan
pakar, pengguna dan pembangun. Respon dari kumpulan tersebut telah
mereka gunakan untuk memperbaiki perisian mereka. Tahniah.
Kumpulan Mohd Fadlee, Masni dan Halizah
Kami memilih pelajar pendidikan Khas sebagai respondan. Perisian kami khas untuk mata pelajaran Kemahiran Pertukangan Pendidikan Khas.
Ada sedikit kesalahan ejaan (memperolehi ~
memperoleh) yang memang tidak disengajakan. Terima kasih Cikgu Murad
dan Cikgu Faridanura atas teguran. Isu copyright ditegur oleh Encik Zul
kerana kami guna karakter Boboi boy dalam perisian. Terima kasih, tapi
tak mengapa sebab kami tak jual software ni, saje utk belajar dan enjoy.
Setelah 14 minggu belajar, hari ini merupakan hari terakhir kuliah kami. Alhamdulillah, banyak ilmu yang telah dipelajari. Terima kasih pada Puan Norasyikin dan Encik Juhazreen. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa anda berdua.
Sebelum bersurai, kami sempat diberitahu tentang tips peperiksaan dan pesanan Encik Juhazreen supaya Final document dan CD perisian perlu dihantar pada hari peperiksaan subjek Pembangunan Multimedia berasaskan CD-ROM.